RSS

Tagged dari Nadhirah

1.Apakah benda yg paling penting dlm hidup kamu?
-Family
-Kaseh dan sayang
-Ilmu
-Tmpat tinggal aka rumah yg selesa
-Kad ATM ngan duit
-Handphone
-Makanan
-Kawan-kawan

2.Apakah benda terakhir yg kamu beli dengan duit sendiri?
-Makanan2 yg perlu di bawa ke IPIK.
-2 Seluar track Cheetah.

3.Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
-Erm, kt hotel 5 bintang.Takpun mane2 dewan besar.Huhu.

4.Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
-Baru nak masuk 4 bulan.Tu pun da byk pasang surut.Haih!

5.Adakah anda sedang dilamun cinta?
-Ye la kot.Hoho.

6.Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
-Restoran Haji Tapah, presint 14.Depan Mydin.

7.Namakan buku terkhir yg kamu beli
-Pengurusan Bilik Darjah (subjek sem ni, huhu)

8.Apakah nama penuh kamu?
-Mariam Zainon bt Mohd Adenan

9.Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
-Umi!! Abah tegas sket.Huhu.

10.Namakan seseorang yg kamu ingin jumpa dlm hidup kamu buat pertama kalinya?
-Song Seung Hun (pelakon Autumn in My Heart)
Masa tu masih lg bdk hingusan.

11.Sebutkan nama 8 orang sahabat yg rapat dgn kamu.
-Wani
-Liyana
-Su
-Nadhirah
-Shahirah
-
Fatin
-Sha
-Mel

12.Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
-Iyupla.Kt hostel.Kt umah mesin basuh kn ade.Hoho.

13.Tmpt paling seronok yg kamu nak pergi?
-Korea!! Nak men salji ngan jumpa pelakon Korea.
-Paris!!Tmpat yg paling romantik gitu.

14.Butirkan 5 perkara tentang org yg tag kamu
-Sweet Nadhirah yg suke cenyumm.=)
-Kawan kepada sepupu sy, Marizuana.
-Bakal cekgu.
-Sudah ade pakwe.Not available lah ni.=p
-Suke shopping! Haha.

15.8 Perkara yg amat sy gilai
-Internet!
-Citer korea!
-Handphone Sony Ericsson!
-Laptop!
-Duit!
-Shopping!
-Cuti!
-Purple!

16.Pelukan atau ciuman.
-Sy sgt pemalu.

Jd dua2 pun sy x mintak.

17.8 Perkataan yg sering diucapkan.
-Yeke?
-Yela tu.
-Biar betol?
-Hoh?!
-Ow yeah?
-Okeh.
-Erm.
-Hahaha.

18.8 Buah buku yg baru dibaca.
-Malaysia Kita
-Nur (baru je belek kt Alamanda td, huhu)
-
-
-
-
-
-Takde dah.Da lame tak bace buku.


19.8 Lagu yg sy boleh dengar berulang kali.
-Ayat-ayat Cinta; Rossa.
-Im Yours; Jason Mraz
-Tanpa; 6ixth Sense
-Benar-benar; Adam

-Hot n Cold; Katie Perry
-Selamat Ulang Tahun Sayang; Imran Ajmain
-Mentera Beradu; Malique ft M.Nasir
-Salah; Melly Goeslaw

20.Mari men'TAG' org lain pula

-Kakcik
-Adik
-Itu Saja.


Sudah selesai entry pasal tag.
Maceh pd Mrs.Kikerinkata krn menge'TAG'.
Nt2 boley la TAG lg.


Seksi ke SEKSA?! Opps!!

Petang-petang time cuti.Sy slalu join adik tengok drama Spa Q 2.
Kalo kt hostel mmg sy xtau la prkmbangan citer nih.
Blk umah je rase gatal nak tengok.Sbb tu la x paham citer.
Yelah, tengok pun kadang2.Sajelah.Tak boleh ke?

Hari tuh terkejut sy tengok satu watak dlm Spa Q nih.

Watak Datin Sofiera lakonan Jasmin Hamid.
Fullamak.Mmg seksa habis la sy tengok pakaian dia.
Berkali-kali tengok tu mmg dah takde gaya mak datin pun.
Gaya pompuan kelab malam atau kabaret ade la kot.
Dengan make up tebal segala ngan rambut garing tuh.

Itu baru satu.Sebelum nih sy da mmg terkejut pun.
Tengok watak mak cik tua tak sedar diri.Dlm citer tu jugakla.
Sape lagi kalo bukan
mak cik Marlia tuh.
Dah la suka sgt pakai seluar pendek.
Berbulu mata sy ni tengok.Rasa macam nk sedekah kaen batik je.
Sy yg pompuan ni pun takde hati nak tengok.

Apatah lagi lelaki-lelaki di luar sana.
Sedar-sedar la diri kalo nak pakai camtu pun.

Tp, ni baru sy buka citer artis2 yg berpakaian
SEKSA dlm drama Spa Q.
Belum lg sy buka kesah2 artis2 dalam drama2 lain
yg sedang hangat di kaca tv Malaysia nih.

Nak tau sape?
Meh sy nak bagitau.
Tp ni antara yg mmg sy tak suke tengoklah.
Antaranya Ellyana, Sharifah Amani, Fasha Sandha,
Rita Rudaini, Nabila Huda, Diana Danielle, Raja Farah,
Fouziah Gous, Zarina An Juling opps Julie n etc.


Apela nak jd dengan artis2 Malaysia skrg ni kan.
Pakai macam tak cukup kain tu kononnye bajet seksi la. Lg
SEKSA ada la.
Kesian kat mak ayah ngan family diorang kan.
Nak tanggung malu lg, silap2 dosa pun dapat sama.
Yelah.Kate orang.
Sakit Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
DOSA.
Kan?



p/s:Rasa macam nak je sedekah baju-baju terpakai
yg ade melambak-lambak kt umah ni kat diorg.
Takdelah rasa membazir sangat.

Corat-coret Hari Konvo

Haha.Macam bangga je sy ketawa dgn tajuk entry kali ini.
Konvo? Konvo siapakah? Saye kah?
Anda silap.Konvo sy lambat lg la.
InsyaALLAH lg 2 tahun 10 bulan.

Entry 'Corat-coret Hari Konvo' ini adalah ekslusif pasal Mr.Bengah.
Setelah berhempas-pulas-mengguling-guling-tergolek-golek study.
Akhirnya. Berjaya juga die menggenggam segulung ijazah.
TAHNIAH.TAHNIAH.
Kalo rajin n ader rezeki bley smbung wat Master ngan PhD plak kan.
Hehehe.

Jd, skrg sy nk citer skit2la psl hari tersebut.
Smbil2 tu bleyla tgk gmba yer.

Jd awl2 tuh sprti mne2 mjlis konvo la kan.
Yg bley masuk dewan hanye 2 org.Jd yg masuk umi ngn abah jela.
Kami 3 beradik pun g la berkeliaran sane-sini.
Pastu duduk la kat 'outdoor punye dewan'




Tgh ddk2, Mr.Abah calling.
Suruh kami masuk dewan.Kire exchangela.
Kad jemputan pun bertukar tgn.


Tp jgn tak tau, cara kami exchange sgtla cerdik.
Sorang kuar.Tiga org masuk.
Hebatkan kami.Hahaha.

Kejadian sebelum msk dewan.
Penjaga pintu: Adik dah ada tmpat duduk?

Sy dan adik-adik: Ada-ada. (Sambil mata melilau-lilau cri tmpat kosong)

Dan-dan je si penjaga pintu tu bg kami masuk.
Jd pesanan penaja, KONFIDEN lah bile mnjawab sesuatu.Haha.

Dah masuk dewan.Kami pun ddk la kerusi yg paling blkg.
Nasib baik ade tmpat.Fuhh!
Tp kami sgt jauh dengan Umi.Huhu.
Pesanan penaja lg.'Jgn amik gmba dlm dewan'
Tp sy tidak peduli.Amik juga.Haha.


Selesai sessi terima ijazah.
Kami meneruskan acara Snap.Snap.
Sgt banyak kami bergambar.
Bermacam gaya dan ragam.
Pakai kamera sndri dan juga kamera propesyenel.



Di bawah ini gambar org yg bajet nk konvo jugak.
Tp belajar pun tak habis lg .Hahaha.
(Anda disaran jgn tengok kalo tidak suka)


p/s:Nt konvo sy Mr.Abah kata mungkin kt PICC.Wah!!
Sy bukan setakat seronok, tp sgt beronok-ronok~~

Beraraknya kami demi Gaza

Rasenya belum lmbt lg sy nk publishkan entry ini.
Bertarikhkan 20 Januari 2009, berlakunya satu perarakan utk Gaza di Ipik.
Perarakan dibuat utk menujukkan rasa simpati dan empati warga Ipik
terhadap mangsa2 peperangan di Gaza, Palestin.

Nak cerita panjang malas la pulak.
Jd tengok sajelah gmba2 di bawah yer.
Muga pucuk pimpinan yg baru akan membuahkan harapan baru
kepada rakyat2 Palestin di sana.
InsyaALLAH.



Banner2 yg dibuat para AJK DAMAI malam sebelum berarak tuh:


p/s: Pertama kali rasa pengalaman berarak.
Berkobar-kobar juga rasenya.

Tension!

Perhatian:
Entry ini berkemungkinan akan memuntahkan kata-kata yg agak tidak enak
utk dibaca mahupun didengar.
Pembaca sekalian, sila scroll ke bawah
jika anda seorang yg sangat bersih hatinya.


Hari ini hari tensen sy.Sy sgt tensen hari ini.

Malam td sy tido agk lwt krn sepatutnya hr ni kls stat kul 11.
Jd cadangnye, pg tu nk smbung tdo lame skitla.
Saat sy masih lena diulit mimpi yg sepoi2 bahasa.
Tiba2 satu mesej masuk.Kate ade kelas.

Mak aih.Mahu sy bukak silat gayung time tu jugak.
Melompat sy dr katil.Sambar brg2 mandian trus p toilet.
Giler ah.Kelas da stat baru nk gtau de kls.
Mane ckp nk bajet mase, pastu terkocoh2 g kls plak.

Ah.Lantak ah!
Sy pun trs bersiap ala kadar.
Smbil2 kumpul2 semangat nk berhadapan
dgn lect yg tgh mengamuk mcm singa.

Smpai je kt gate damai.
Sore mama da bley di dengar dr lab.Kuat siot!
Abis berguguran semangat yg sy kumpul td.

Ape nak buat.
Kate org pndai buat, pndailah tanggung.
Sy pun menapak jugak dgn muka yg dibuat2 berani.
Nsb baik mama tak cakap pape.Dia msh meneruskan 'syarahan'.
Sy ikut same dgr 'syarahan' dia yg tgh berapi-api tuh.
Last tuh dia siap bg keja pulak.
Pe jd pun keja tuh kena submit sblm kul 5 ptg.
Adoii.Adoii.Sgt tertekan rase hati.
Pulak tuh sblm kuar lab.
Tiap org dpt 'habuan' free dari dia.

Petang tu sblm stat Gerko.
Sy pg Jab.PJK submit keja mama.
Ada pulak sorang lect yg sgt KEREK NAK MAMPOS!
Mood sy yg kurang baik makin tak baik sbb beliau.
Tp sbb dia lect kan, sy maniskan jugak muka.
Hello makcik, agak2 la nk tegur menegur pun.

Jgn biarkan teguran tu menimbulkan rasa tak puas ht kt org lain pulak.
Tak rugi kalo kite beradab dlm teguran sekali pun.

Kesimpulannya.Mood sy tidak okeh hari ini.
Sy ingin marah org.Caci org.Pukul orang.
Tp sy tak akan makan orang.
Sbb makan nasi atau kuew tiaw lg besh.

Kalo sy marah sy lbh suke diam.
Sbb kemarahan sy akan buatkan sy lbh byk keluarkan
kate-kate yg tidak sedap utk didengar.
Jd jgn cakap dgn sy kalo sy sedang marah.
Ini ARAHAN!!



p/s: Org tua tak selalunya betul.
Org tua juga perlu hormat org yg lbh muda.

Jgn ego kerana dirimu suda TUA!!

'Membelah' guna Duit

Raye Cina suda dekat.
Bermakna cuti juga sudah hampir.
Wah, cuti kali ni 10 hari la.Yey!

Dah jd satu kebiasaan.
Asal tiba musim perayaan je.
'SALE' akan melimpah-limpah.
SALE melimpah takpe.
Tp nape DUIT pun nak mencurah2 jugak?

Ah.Suke hatilah.Duit sendiri kan.
Beli pun utk kepuasan sendiri jugak.
Bukannye mintak ngan 'PAMA' pun.
Ek, de jugak tajaan sket-sket.
Sket je.Tak banyak pun okeh.

Saat dating outing ke Times.
Sy tak dapat menahan diri dari 'membelah' brg2 di bawah.



Harga?
Bley tahan menggeletar jugak tgn nk bayar.
Tp dah suke punye pasal.
Angkut je lah.
Kalo tak beli nanti menyesal okeh.

Di sini sy tegaskan setegas-tegasnya.
Sy sangat gembira mengabiskan duit.
Hahaha.
Sangat gembirakan bunyi ketawa sy itu.


p/s: Bahagianya kalo sumer barang boley dapat ngan FREE!

Jernihkan yg Pudar

Ku rasakan pudar dalam hatiku
Rasa cinta yang ada untuk dirimu
Ku lelah dengan semua yg ada
Inginku lepas semua.


Perasaan bolak-balik.Keliru.Bercelaru.Haru biru.
Sume bercampur jd satu.
Tak tau nak luahkan macam mana.
Tak tau juge ape kata hati nak.
Rasa macam berserabut.

Dia tak buat salah ape.
Dia sgt baik.Memahami.Ambill berat.Tolak ansur.
Sume pun dia ikut je.
Takde keluhan dari pihak dia.
Mmg die sangat baik.Baik yg sangat.

Aku yg tidak baik.
Tak boleh buat macam apa yg dia buat.
Aku yg tidak baik.
Pndai beri kata-kata.
Tp tak tau nak buat.
Tak tau nak tunjuk cmne.


Hmm.
Sekarang.


Aku memang sedang mencuba.
Abaikan perasaan yg macam-macam.
Fikir sedalam-dalamnya.
Perbaiki segala kelemahan diri.
Berusaha menjadi org yg baik juga utk dia.


Yer.
Jernihkan yang pudar.


p/s:
InsyaAllah.Kalau ade jodoh tak ke mana.

Duit yg 'Menipu'

Satu petang yg tak berapa nak petang.
Saat badan sedang bermalas-malas di tilam yg empuk lg best.
Tiba-tiba henset bunyi, tanda mesej masuk.
Malas lagi nak tengok.Pejam mata dulu.
Ngantuk.Ngantuk.Nak tido jap.
Nt kul 2.30 ade kelas pulak.
Tp kalau mesej tu pasal kelas.
Takleh tak baca.Msti kena baca.
Mana tau tetiba ade org mesej kate kelas cancel.
Wah! Bermmpi di siang hari nampak.

Dengan mata yg masih terpejam.
Aku bukak mesej tu.
Aik nombor tak dikenali la pulak.
Pulak tu mesej yg membuatkan mata aku tetiba jd terbuka luas.


'Congratulation
Nombor Sim Card anda telah m-nangi (HADIAH UTAMA)
WANG TUNAI Rm 15, 000.00, dr Syrkt SHELL.BHD.
Call/sila dail; 012-8600868
Terima kasih'

Kejadah ape la pulak.
Bila mase aku msk contez pape.
Tetiba jek dapat durian runtuh yg fullamak punye banyak.
Nak caye ke tak nih.
Tp.Kalo tak caye, betul pulak, sure rugi ah.

Ah.Ape susak.Tanye la pada yg pakar.
Aku pun terus mesej Mr.abah.

'Abah, td ....(nama samaran penulis di rmh tak perlu diberitahu di sini)
ade dapat 1 mesej ni.Abah rase boleh caye tak.
Nanti .... forwad'

'Tipula tu kak.
Nt abah try call dengan tepon ofis'

'Yeke.Ooo, ok la kalu gitu abah.'

Jd, kes ni tak tamat lagi.
Kena tunggu penyiasatan dr Mr.abah dulu.
Tunggu....

Dikelas pulak aku sempat tunjukkan mesej tu kt kekawan.
Diorang kate mmg tipu la tuh.
Sbb penah dapat mesej yg lbh kurang same.
Menang contez Power Root you.
Kejadah apa la baik hati benar syrkt2 nih.

Sblm habis kelas tu.
Dapatla mesej dr Mr.abah.

'Td abah da call nmbr tu,
org indon/sabah yg jawab.
Mmg sahla tu tipu kak'

Huh?!!
Berani penipu itu melakukan cobaan utk menipu diriku.
Tak tertipu la wei.
Mane de senang2 org nk bagi duit 15 ribu gedebuk camtu jek.
Masuk tandas pun kena byr 20 sen la.
Hampeh.Hampeh.
Pergi maen jauh2 la kamu.
Aku saman kang.


p/s:Berhati-hati itu perlu.Bukan hanya di jalan raya shj.
Bahkan di dlm mesej sekalipun.



Kesalahan Yg Tak Dirancang

Semalam.13/01/09.
Aku ke lib atas tujuan nk settle pasal kad lib yg kena tahan.
Emm.Sbnrnye tahanan itu berlaku bukan disebabkan kesalahan sndiri.

Perhatian.
Muka yg sangat baik ini tidak akan sesekali melakukan kesalahan
tidak memulangkan buku berbulan-bulan lamanya melebihi had pinjaman.

Ye.Situasi itu terjadi kepadaku.
Kejadian berlaku seminngu lalu.
Alangkah sakit hati bila sampai je kat kaunter lib.
Sessi pinjam meminjam tergendala.
Sebabnya.Ada buku tak pulang nak dekat 3 bulan.
Jadi takleh pinjam buku lain selagi tak jumpa buku yg tak dipulang.

Buku tak dipulang??!!

Haih.Bila masa pulak aku pinjam buku sepak takraw.
Iyer.Selepas sessi kenal pasti dilakukan.
Buku yg tak dipulang tu bertajuk SEPAK TAKRAW wahai teman-teman.
Berbangga seketika apabila seorang yg amat anti sukan seperti ini
amat senang meminjam buku seperti itu
sehingga tanpa segan silu
telah menjadikan ia seperti hak milik sendri.

Oklah.Aku seterek pada kata hati je lah.
Berkecamuk sungguh rasa hati.
Orang baik mcm aku ni memang bermurah hati nk bg pnjam kad lib
kat sesapa yang sedang terdesak nak pnjam buku tapi kad sendiri takde.
Lg panas kalau kebaikan kita tu dibalas sprti ini.
Tp aku malas la nak panjang2 cerita kan.
Dah masing2 kata dah hantarlah. Tu lah. Ni lah.
Nk tuduh2 orang.Bukan cara aku.

Jd nak menyenangkan lg cerita.
Dengan inisiatif sendiri aku cuba jugak cari buku tu dulu kat lib.
Mane tau kalo manusia yg pinjam buku tu mmg dah pulangkan,
tp pekerja lib tu je yg ralat nk scan buku tuh.
Ye.Cuba beranggapan positif.

Dalam setengah jam duk mencari tu.
Tp hasilnya tetap takde.Aku dah putus asa.
Camne pun kad tu aku nk tebus jugak.
Kena bayar hrga buku tu pun jd lah.
Pastu aku pun g settle la dgn akak lib tuh.
Cuba bermulut manis skit.
Yalah, atas sikap tolak ansur sesama manusia.
Aku kena denda RM 25.00.


Akak lib tu pun sempat bg pesanan lg.
'Lain kali jgn bagi pinjam kad lib kat org lain'

Yer kak.Sy ingat tu.Smpai bila-bila.
Terima kasih atas perhatian yg diberikan.

p/s:Diam tak semestinya mengalah.
Cuba utk menjadi seorang yg sgt pemaaf.


Ajal..Memang tak dijangka.

Kemarin.Kemarin.09/01/09.
Kelas takde.Aku ngan sorg clazmate lepak lib jap.
Sj nak cri bhn n prepare awl utk prsntation.
Mase nk balik tu tetiba dpt call dari abah.

'Kak. Hari ni kak balik dengan beje.
Nt beje balik dari UPSI singgah amik kak'

Aik.Kenapa pulak?
Minggu lepas abah jgk yg tak bg balik.
Mnggu ni abh busy.Mnggu dpn pun.
Mnggu ketiga smpena cuti raye cina baru sepatutnya
dpt green light dr abah bley balik umah.

Tak sempat lg aku nak tanye pape.
Abah terus sambung.

'Pakda takda dah.Meninggal pg td.'

Zapp!!Tersentap ah.
'Innalillahiwainnalillahirojiun..'

Begitula lebih kurang perbualan telefon aku ngan abah pg tu.
Lebih krg pukul 2 ptg aku da smpai kt umah Pakda kat Puchong.
Sejam.Dua jam.Tiga jam.Empat jam.Dan jam-jam seterusnya.
Orang makin ramai dan ramai.
Dari kalangan sanak saudara.Jiran-jiran.Dan kenalan.
Sume dtg nk tengok arwah buat kali terakhir.

Kalo direnungkan kembali minggu2 sblm arwah Pakda meninggal.
Kali terakhir jumpa arwah.
Masa tu arwah dtg jumpa abah ngan umi balik dari haji.
Arwah nampak sihat saja dari luarannya.
Memang tak sangka.Terkilan juga rasa hati.
Tp tu sume da takdir Allah.
Kite kena terima qada' dan qadar.

Kepada keluarga Pakda.
Aku harap mereka akan sentiasa tabah.
Same-samelah kita berdoa.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
Ameen.


p/s:Hargailah setiap org yg ade di sisi kita.


Result sudah dapat..

Mak aihh.Berdebar-debar jantungku.
1st day da boleh g amik result.
Mantap betol ar.
Ingat nk bersenang-lenang mengecapi mood cuti lg.
Tp mood amek result da menyentap pagi 1st day ku yg masih lg mamai.

Tersentap sungguh woo.
Amacam la result aku sem lepas.
Sem lepas aku banyak maen2 juge.
Assignment bnyak buat last minit.
Dlm kelas pun byk hilang fokus.
Nota pun salin gitu-gitu jek.
Amali PJ cam hampeh.
Langsung tak buat latihan.
On the spot punye present.
Haha.Memang keje gile betul aku time tuh.
Bile difikir balik memang haru kelabu lah.

Dalam hati ni da terdetik satu perasaan.
Result mmg akan jatuh terukla disebabkan bahana maen2 sem lepas.
Tp kalo betul jatuh pun.
Padan muka la.Hahaha.
Laen kali buat lg yer.

Wah.Panjang pulak sessi mukadimmah.
Seterek tu de point kan senang.
Yelah.Td g amek result.
Tp alhamdulillah lah.
Maintain gitu you.Masih 3.69 juge.
Rejeki.Rejeki.

Tp ader jek yg dapat tinggi-tinggi.
Terkilan gak tengok.
Haa, itulah bahana maen-maen.
Kalo pulun lebih sket pun tak mustahil aku leh capai tnggi sket.
Mengharap neh.

Takpe-takpe sem ni cube lg.
Naikkan sket pointer tuh.
Maen-maen kena kurangkan sket.
Muga-muga semangat nk belaja tu akan telebih.
Aku perlukan kekuatan itu.
Mane mau cari??
Cari sendiri..

Kelas kate Mari~

Hati ini sangat malas.
Malas sangat hati ini.
Kemalasan sedang bermalas-malas dihati sy.
Malasnye.Malasnye.


Ermm.Boley x
taknak stat kelas lg?
Nak
smbung cuti lg boley tak?
Nak duk umah lg boley tak?
Nak makan masakan umi lg boley tak?
Nak bangun lambat lg boley tak?
Nak tengok tv lelama lg boley tak?

Tp...Esok kelas suda mula.
Sy harus pergi ke kelas.
Sem 3 baru bermula.
Jadual baru akan dapat.
Lecturer baru akan masuk.
Assignment juga akan diberi.
Mood kepala pusing juga akan bertandang.

Erm.Boley tolong tak?
Tolong bawa pergi perasaan malas ini.
Pergi.Pergi.
Sem baru.Tahun baru.Semangat baru.
No more malas-malas.
Tp nak malas juga camne.

Tu dengar tu.
Kelas da kate, 'Marila.Marila.'
Kemalasan harus dihentikan dari bermaharajalela.
Maniskan muka.
Terima segalanye dgn senyuman.
Muga hari-hari mendatang akan lebih senang.

Ya Allah.
Berikan sy kekuatan dan semangat itu.
Selamat stat belaja semula pada sume yg balik ke tmpat belaja masing2.

p/s:
erk..itu betol!

Mata Kamu Hebat?

Ini gmbar kaler-kaler saje.
Tp dia beralun macam ombak bukannye perkara biasa.

Titik-titik hitam berhenti kejap boley tak.
Aku nak kire ni.


Aik, rupe cam sama.
Tp de bentuk petak pulak kt tengah tu.

Photobucket

Cuba tengok simbol tambah lama-lama.
Pastu apa kamu nampak?

Garis-garis bewarna tu lurus ke senget-senget?


Tengokla titik putih itu.
Gerakkan pula kepala kamu depan dan belakang.

Tengok gmbar ni dalam kadar yg sgt perlahan.
Kanan ke kiri.Kiri ke kanan.


Cuba tengok dua-dua bulat oren tuh.
Kamu nmpk same saiz ke, salah satu lebih besar?

Kamu nmpak jambatan ke kapal?

Kamu nmpak gambar ni 2 ke 3 dimensi?

p/s: sekian saje senaman mate untuk kali ini.


Entry orang 'sakit'

Uhuk.Uhuk.Uhuk.
Macam org tua pulak rase.
Pagi.Tengahari.Petang.Malam.Tengah malam.
Aku duk batuk jek.
Seksa.Seksa.Perit lagilah takleh nk cakap.
Ade tuh aku tebatuk smpai nanges.

Disebabkan da tak tahan sangat menanggung
batuk yg tak berkesudahan nih.
Aku pun decidela pegi ke klinik.
Utk dapatkan maklum balas dari doktor.
Apekehalnyer da jd ngan tekak aku nih.
Riso gak kalo2 de saket len ke.
Kalo melarat kan lagi la aku riso.

2 hari lagi da stat sem baru.
Kesihatan kena 100%.
Ntkan tak pasal2 xder semangat nk pegi kelas.


Berbekalkan jasa bek mr.bengah yg men'drive'.
Aku pun sampai la di klinik Mediviron kt presint 15.
Bile da lepas daftar n tunggu dalam seminit dua.
Aku pun kena panggil.
(Kejap jer, sbb aku sorang je ade kt situ)


Menapak je ke dlm bilik doktor tuh.
Adela sorang doktor yg agak kacak berbaju biru.
Muka kacukan ala-ala mat saleh tgh tersenyum.
Haih. Nasib baik aku tak terjatuh tangga chenta
Dengan muka yg ala-ala cool aku pun dudukla kat situ.
Maka doktor kacak yg bernama Dr.D..... itu pun 'mengecheck' aku.

Dia tanye itu ini.
Antaranye da ader pakwe ke belom.Hahaha.
Jd bile da selesai sessi mengecheck ngan soal jawab tu.
Doktor tu pun telah buat satu kesimpulan.


"Badan panas sikit.Tekak merah-merah.Paru-paru ok.
Nanti saye bagi antibiotik.Kena makan sampai habis.
Kalo tak nanti saye riso kat awak "


Dah selesai tu dengan berat hatinya aku menapak keluar dari situ.
Sekejapan aku mengilas pandang doktor itu buat kali terakhir.
Hahaha. (org sakit mmg begini)


Kesimpulannyer aku dapat ubat2 ini.
Kena makan sampai habis seperti kate doktor itu.
Moga2 cepat sembuh.Aminn.

p/s: ade sedikit tokok tambah dlm dialog tn.doktor. kerna itu ilusi penulis semata-mata.

Kad New Year

Gedebuk!!
Itu bukan bunyi penumbuk.
Bunyi kad new year yg jatuh ke blog ku.
Dikirim oleh Que aka kakcik.
Nice-nice. Makasyih yar cik.

Photobucket
Gedebuk lg!!
Ini sekeping lg kad new year.
Dikirim dari pemilik planet asing cik Han Eba.
Planet yg penuh ngan citer2 korea.
Suke betul aku mendarat kat saner.
Bley update citer2 korea baru.Huhu.
Neway tima kasih yer cik Han Eba.




Bawah ni pulak kad dariku.
Sape2 yg nak siler amik yer.
Chantek tuh.
Epy New Year buat sumer.



Cheritera [F.R.I.E.N.D.S]

Ini aku nk buka cheritera aka kesah pasal siri F.R.I.E.N.D.S.
Tp mungkin de yg kate, 'ni cite lame la..'
Ahh, tak kesah la kalo de nk kate pe pun.
Yang penting kesah F.R.I.E.N.D.S ni msti de jgk dlm list blog ku.

Kesahnye bermula bile tetiba aje aku berminat ngan siri Friends ni.
Kalo de yg dah sedia maklumla kan, siri ni da stat tahun 1994 lg.
Sumer2 seasonnyer de 10, dan berakhir tahun 2004 lalu.
Sepanjang siri ni jd bahan perbulan org ramai.
Tak pernah pulak tergerak hati aku nk amik tau pasal siri ni.

Dan segalanye jadi masa cuti ni lah.
Bile channel Star World g tayang 2 ep siri ni setiap hari.
Ntah kebetulan camner aku tertengokla la pulak.
Eh. Macam best. Mmg lawak tahap dewa gakla.
Asyik tergelak ajer nengok citer die.

Plak tu simptom ni g jangkit kat abang ngn adik2 ku.
Smpai skrg tiap2 mlm isnin-jumaat kami berempat duk depan tv tgk siri ni.
Bergelak ketawa sama2. Haha.

Ermm, tp minggu ni da last leh tgk citer nih.
Nx week da blk hstel. Cmner mau tengok?
Tp cam berhajat nk bli cd citer nih.
Hari tuh cam tertengok kt TS.
Harga bley tahan gak la.
Mau belikah? Nnti pikir dulu.

Pape pun citer ini mmg sgt menarik.
Berkisahkan kehidupan 6 org rakan yg mmg sgt sengal.
Mcm2 kesahla diorg ni. Besh. Besh.

Okeh. Ini ada gamba.Silerla tengok.