RSS

Kung Fu Panda

Selepas kejadian emo menunggu bas,
(cam sambungan post kt bwh la pulak, haha)

Kami pun pg intai tiket wayang yg nak ditonton
Sampai2 ajer, tgk que, fuh!! Ramai siot!! Cam tin sardin gayenyer...
Selesai urusan jual beli, kami punye slot kul 3.15 pm nt...
Citernya.... 'Si Panda Chubby Pandai KungFu' tu lar...=p
So, masa yg ada tu, kami jalan2 dulu,
window shopping, solat zohor, n lunch dulu...
Dlm kul 3.05 pm kami pun menapak masuk panggung.


Selama lebih kurang 1 jam 45 minit duduk dlm tu,
Akhirnya tamat juga cerita yg sentiasa mengelitik tali perut aku tuh,
Gelak sampai terbatuk-batuk, hahaha.... (tak tahan betul...)
Hilang dah kisah emo pagi tadi, ekekeke...

Kesimpulannya, citer ni mmg best,
Mmg byk pengajaran yg boleh kite amik dlm duk bergelak ketawa tu,
Jenaka dia bukan kosong tanpa makna,
Tp memang amat bermakna dan berkesan di hati para penonton,
So, jgn lepaskan peluang tengok citer ni yerk...(^_^)v


Bas Oh Bas

Hari ni kami 2 beradik tunggu bas utk pg ke Alamanda..
Kami tunggu di bus stop dpn rumah jer,
Nak kate lama tidak la juga,
Tp dari pukul 11 smpai kul 12+ jer,

Malangnya gerangan si bas tak kunjung tiba...

Harap bus stop je lawa, tp 1 bas pun tak nak brhnti, haih~

Kami masih lagi setia menanti,

Dari satu detik ke satu detik silih berganti,

Bas oh bas silalah berhenti,
Kami malu pada yang melintasi,

Melihat kami sambil tersenyum nampak gigi,

Apa salah kami wahai pemandu yg 'baik hati'?

Muka camni punya comey pun takde bas nak berhenti, (ceh!!=p)

Haih, perasaan pelik terdetik di hati kami,
Kenapa ada bas yg lalu tapi tidak berhenti?

Walaupun ditahan tetap 'degil' berlalu pergi

Alamak, hujan pula mencurah ke bumi,

Haih, malang pula nasib kami...

Hujan sudah turun, huhuhu

Tiba-tiba henset berbunyi riang sekali,

Kami beritahu abah apa da jadi,

Katanya pula 'cuba tunggu lagi',

Ok...Kami berkata macam tawar hati..

Setakat lalu jer kalo taknak berhenti, baik jgn lalu terus...(marah ni!! huhu)

Nampaknya usaha kami sia-sia lagi,

Kesabaran kami tak tertahan lagi,

Kereta yg lalu lalang habis kena maki,
Haih... bertambah-tambah dosa kami,

Oh, bas tolonglah munculkan diri,

Agar kami tak terus begini...


Lalu-lalu je tengok, kalo bek hati tumpangkan la sekali, hukhuk

Sepuluh minit penat menanti,
Abah telefon mengkhabarkan berita penyejuk hati,

Ingin datang mengambil kami,

Untuk menuju ke destinasi kami,
Ok bas, kamu tak berhenti kami pun tak sudi...
Babai... nanti2 kami tunggu lagi...=p

Okla 'encik bas', kami pergi dulu... daaaa~

Tagged dari Si Gadis

7 Fakta Tentang Aku:

  1. Aku ni orang yg sangat susah nak masyuk dengan org. Bak kate sesape yg tak kenal tu 1st impression mesti, ‘sumbungnyer dier tuh’…Tp bile da kenai, dgn secara suka relanya mrk akan menukar impression tu dgn mengakui bahawa diriku seorang yg peramah dan baek hati… wahahaha (don’t judge a book by its cover, chewaaah!! =p)
  1. Aku nih buleh dikaterkan anti social gak ler. Sesaper yg kenai aku mesti buhsan sbb kalo diorg ajak p jenjalan, aku dengan yakinnya mengatakan ‘tak nak!’. Bukan tak nak hang out, tp….. malas ajer. Haihhh~
  1. Ermmm…. Sbnrnyer kan aku ni tak pandai masak…. Dari dulu lg menyimpan angan2 nak bljr menyelerakkan dapur, tp ntah biler lar tuh. Kalo setakat nak tolong skit2 tuh bleh la, huhuhuhu….
  1. Seterusnya, aku ni anak perantauan tau. Buleh dikatekan hamper seluruh Malaysia ni aku dah pegi, tolak Sarawak jer yg tak smpai2 ag, huhuhu…. Membesar dari satu pelosok ke satu pelosok. Kate org byk berjalan luas pemandangan, tp ye ker luas? Hahaha…
  1. Dulu kan lps SPM aku bercadang nk amik lesen keta. Tapi di sebabkan aku ni de satu jns penyakit nervous yg terlampau, terpaksa lah aku cancel niat tuh. Smpai skrg aku rasa, kebanyakan member2 dah buleh bergaya sakan bawa keta sana-sini, terasa gak la jelesnya. Takper2, suatu hari nanti lesen itu akan jadi milik aku jugak… huhuhu
  1. Lagi…. Erm aku ni susah utk berkapel…. Huhuhu… Pengakuan ekslusif nih, im single ok, miahahaha… Bukan memilih, tp baik memilih dari tersalah pilih kan, cehh~
  1. Aku ni bleh dikatekan seorang yg sgt saving. Nak kate kedekut, bunyi teruk sangat, huhu…. Buat per membazir tak tentu pasai kan, so lbh baik menyimpan utk masa2 akan dtg, huhuhu…

7 Paling Berharga :

  1. Harga diri…
  1. Of coz my luvly famiy
  1. Kad bank ( perlu utk mencucuk wang, =p)
  1. Kad pengenalan ( kalo hilang, tak pasai2 kena cop pendatang asing, huhu)
  1. Henset yg cantek tuh…=p
  1. Koleksi barang kemas…. Ceh, mcm byk jer, huhu
  1. Laptop baru pemberian abah... heeee~

7 Takut (Dunia) :

  1. Berlaku malapetaka kat muka bumi ni…
  1. Sesuatu tak elok menimpa family ku
  1. Tak cukup amal ibadat utk bekal ‘ke sana
  1. Sesat kat tmpt asing, huhu
  1. Gagal dlm hidup, haih~
  1. Takder kawan, cedeymyer….
  1. Tgk citer seram sorang2…hukhuk

7 Lagu Sekarang :


  1. Far East – Menanti di Alam Barzakh
  1. 6ixth Sense – Tanpa
  1. Flava – Kenapa Tak Singgah Kalau Tak Masuk
  1. Takdir Cinta (OST Ayat-ayat Cinta) – Rossa
  1. Sebelum Cahaya – Letto
  1. Seribu Tahun – Imran Ajmain
  1. Ku Mahu – Siti Nurhaliza

7 1st Time :

  1. Duduk jauh dari family, msk MMU thn 2005
  1. Pakai henset lps SPM, Alcatel ntah model pe…
3. Jatuh hati kt sesorang, tp tak kesampaian, cedeyy tul, hukhuk

  1. Dpt laptop sendiri, lps SPM gak, huehue
  1. Naik bas blk umah, jauh tu.. ( Melaka-Penang, hahaha )
  1. Tengok wayang…. Citer War Of The World… puas hati arr… kihkihkih
  1. Bermasam muka dgn sorang kawan lama, smpai skrg pun takde kesudahan, haihh~

7 Ayat Selalu Sebut:

  1. Biar bettiikkk!! ( lbh krg ‘biar betul’, huhu)
  1. Pa nak wat…. ( redha jer bunyi..)
  1. Ow yeah? ( cam peril la, huhu)
  1. Sakit hati betulll… ( bile da betul2 marah ni )
  1. Ntah... ( malas nk jwb )
  1. Pape je la ( kalo da nyampah )
  1. Yela… yela… ( setuju tak ikhlas, hukhuk )

7 Orang Bertuah Jawab Tag Ni :

1 – 7. Sesaper yg rasa rajin nak jawab, huhuhuhu

Finnally finish~~ (penat perah otak nak pikir, huhuhu)


Pertunangan Abe J

Tanggal 1 Jun 2008 abang sulungku (Mohd Khazin) selamat ditunangkan dengan
gadis pilihannya 'Suzana'...

Majlis pertunangan tu juga yg julung-julung kalinya berlansung dalam keluarga kita orang.



Barang hantaran...
Dari Lelaki... Hijau
Dari Perempuan... Krim

Antara saudara-mara yg datang

Sessi perbincangan pihak lelaki n perempuan

Umiku sarung cincin pada bakal menantu..=)

Mak saudara pihak perempuan sarung cincin pada abe J..=)

Jeling-menjeling... hehehe (candid)

Cenyuummm...=)

Kami bersama bakal kakak ipar....=p

Erk... ni bakal pengatin gak kew? kuikui

Muga2 ikatan ni akan kekal ke jinjang pelamin...

InsyaAllah..... =)

Aku Dapat Surat

Erk?! Nape bunyi macam hepi yg terlampau je tu. Macam la tak penah dapat surat surat sblm ni kan, huhuhu… Takdela, tu surat lain, ni surat lain. Apa yang lain? Lainnya sbb aku dapat tau pandangan orang pasal diri aku. Macam mane tu? Macam ni, waktu BIG hari tu, waktu slot LDK aku dapat surat dari 11 ahli kump aku, dan 1 surat dari ‘sahabat’, dalam surat ni diorang tulis apa perkara yg positif dan negative ttg diri aku.

Jadi aku dengan rela hati menerima pandangan diorang tu. Mungkin kadang-kadang kita tak boleh terima pandangan org ttg diri kita, dan kadang-kadang kita juga perlu terima kalau pandangan tu memerlukan kita utk berubah manjadi orang yg lebih baik kan… Jadi, dengan berbesar hatinya nak la aku share kat sini apa pandangan diorang mengenai diri ku…=p

Surat 1 :

Positif Negatif

- Idea bernas - Terlalu aktif

- Baik - Cakap terlalu banyak

- Jujur - Arahan yg tidak jelas

Surat 2 :

Positif Negatif

- Baik dan peramah - Terlalu tegas (kadang-kadang)

- Suka beri cadangan kpd kumpulan - Memberi komen (sinis)

- Tegas dlm melaksanakan tanggungjawab - Emosi (kadang-kadang)


Surat 3 :

Positif Negatif

- Baik - Senyumlah selalu

- Rajin - Pendiam sangat

- Suka menolong - Terlalu serius


Surat 4 :

Positif Negatif

- Peramah - Terlalu rajin

- Sopan - Bentang assignment terlalu lama, bosan

- Rajin - Selalu muram


Surat 5 :

Positif Negatif

- Rajin - Kurang mesra

- Kreatif - Kurang senyum

- Bijak - Suka bersendiri


Surat 6 :

Positif Negatif

- Muka U mcm Nurul kedai topup lar.. "serius" - Kuat kontrol muka

- Agak peramah jugak - Kurang mekap

- Cun+kiut+chubby


Surat 7 :

Positif Negatif

- Pemimpin yg bertanggungjawab - Semangatla sikit. Senyum2 =D

- Sentiasa positif - Serius sangat la..

- Rakan yg baik


Surat
8 :

Positif Negatif

- Pandai - Ok jer, no komen

- Berpengetahuan

- Pendengar/ rakan yg baik


Surat
9 :

Positif Negatif

- Pandai buat kerja - Tak byk bercakap

- Pandai buat pembentangan - Tak byk bersosial

- Suka senyum - Tak berapa nk kenal, sorry..


Surat
10 :

Positif Negatif

- Baik hati - Terlalu skema

- Mesra - Kurang senyum

- Rajin - Selalu serious


Sura
t
11 :

Positif
Negatif

- Bijak berkata-kata - Agak garang

- Berkepimpinan dan bertanggungajawab - Kadangkala selalu tension, tak relax

- Cantik - Macam susah nak sosial


Surat
dari ‘Sahabat’ :

Kehadapan Kak Mariam Zainon. Pada hari kamu kelihatan aktif dan bertanggungjawab selaku seorang penghuluwati.

Tetapi kamu kelihatan seperti kurang peramah pada rakan2 yg lain.

Sekian ini sahaja surat saya pada hari ini, semoga bertemu di lain lembaran.


Jadi, itu saje surat2 yg aku dapat. Masa mula2 baca tu ada jugak rasa macam tak puas hati dan susah nak terima. Tapi aku mula bermonolog sendiri, kadang-kadang kita tak tahu apa yg orang fikir pasal kita, dan kadang2 kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Bila kita rasa kita dah cuba jadi yg terbaik, tapi masih ada lagi yang tidak dapat terima. Biarlah apa orang nak kate, yang penting kita jadi diri sendiri. Adakalanya juga kita perlu berubah jika ianya mendatangkan kebaikan, tapi sekiranya komen itu bercanggah dengan prinsip kita, abaikan saja. Kerna hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Memang betul kita perlu menerima pandangan orang lain, kerna tak semestinya apa yang kita buat itu betul. Tapi biarlah pandangan itu betul-betul membina dan menjadikan diri kita orang yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi apa yang penting sekarang ni, jadilah diri sendiri, tiada orang yg dapat mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri…