RSS

BIG Sem 1

Pada 5-8 Mei yang lalu, 4 kelas PPPR P4T PK (termasuk kelasku) telah menjalankan Program Perkhemahan Bina Insan Guru di Kem Al-Azhar, Pantai Morib Banting, Selangor.

Hari Pertama 5 Mei 2008

Dalam pukul 8.30 pagi tu semua orang dah berkumpul di astaka utk taklimat. Kami diberikan sedikit briefing mengenai program yg akan dijalankan dan adanya proses perlantikan penghulu dan penguluwati (Jangan terkejut, akulah yg ‘bertuah’ kerana terpilih sbgai penguluwati, wakakakaka).

Dalam khemah

Kami bertolak dalam pukul 10+. Sepanjang perjalanan takde apa yang menarik berlaku, sebab semua sambung tidur. Disebabkan perjalanan dari Ipik ke Banting hanya mengambil masa sejam lebih, jadi kemeriahan perjalanan tu tak terasa sangat.

Sebelum tiba ke destinasi tu, driver bas turunkan kami di kawasan makan di Pantai Morib untuk makan tenghari sebab makan tengahari tak disediakan di kem nanti. Jadi, semua orang kena isi perut masing-masing lah. Usai makan, kami sambung perjalanan. Tak sampai 10 minit dalam bas kami pun sampai di kem tersebut.

Selepas proses angkat barang, kami pun diberi sedikit taklimat dari pihak kem mengenai tapak perkemahan. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan di mana 2 kelas perlu mendirikan khemah dan 2 kelas lagi perlu membersihkan kawasan aktiviti.


Kawasan Perkhemahan

Untuk hari pertama tu, tiada lagi aktiviti yang dijalankan. Kami hanya menjalankan LDK dan sessi takruf bersama para fasilitator. Untuk malam pertama tidur di dalam khemah memang sangat ‘sukar’, sebabnya aku tak boleh nak tidur, panas sangat, nyamuk pun ada, belakang badan pun sakit. Haih~…

Hari Kedua 6 Mei 2008

Disebabkan tak boleh tidur, sepanjang malam aku hanya pejam mata, dan aku bangun tepat pukul 5 pagi bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah selesai solat subuh dan tazkirah pagi, dalam pukul 7.30 pagi kami dikehendaki bersiap untuk senaman pagi.

Makan sarapan pagi itu disediakan oleh kumpulan ‘Semutz’. Erk? Nasi gorengnya rasa apa ni? Sume orang macam tak lalu je nak makan, tapi takpe, jangan buat muka, jaga hati kawan-kawan yg masak tu penting, penat-penat diorang berjaga malam dan bangun pagi, telan juga, sikit pun takpe. =)

Seterusnya kami perlu bergerak untuk aktiviti pagi itu, iaitu ‘Water Confident’. Wah! Bestnyerrr, tak sabar nak pergi ke pantai. Dah lama tak turun pantai ni, hehe. Sampai-sampai di pantai je, air tengah pasang, tapi baunya kurang menyenangkan. Tapi, belasah ajer, aktiviti perlu terus dijalankan.

Kami pun mulala melakukan aksi yang ditunjukkan oleh jurulatih. Baring sana, baring sini, meniarap camni, pusing gitu, terapung gini dan macam-macam lagi. Macam-macam aksi jugak boleh tengok, sbb ada juga yang takut air dan tak berani nak buat. Apa nk buat, ‘fobia’ la katekan.. =p

Aktiviti Water Confident

Penat tunggu bas

Hampir 2 jam juga kami di dalam air, sume dah lencun, tangan kaki dah kecut, badan dah mula rasa gatal-gatal, kami pun naik ke pesisir pantai. Kat situ, kami tengok lagi 3 group tengah buat istana pasir, giliran diorang utk buat ‘water confident’ petang nanti sebabnya waktu tu air dah surut.

Setelah bersihkan dan keringkan badan ala kadar, kami pun tunggu bas untuk balik ke kem. Sampai di kem, kami ada sedikit masa utk rehat, sebab aktiviti seterusnya akan bermula dalam pukul 2.30 petang. Pada yang bertugas utk masak tengahari, mereka mula bertungkus lumus di dapur. Apa menunya? Tunggu sajela time makan nanti. Huhuhu..

Alhamdulillah, selesai solat zohor dan makan tengahari (boleh tahan jugala menu hari tu,=p), kami pun bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu kayak. Hailoh, camne ni, aku dah mula menggelabah, nervous plak rasenya, sbb tak pernah2 berkayak sebelum ni. Kami pun diajar cara angkat kayak, nak masuk camner, nk handle paddle camne dan dikenalkan dengan fungsi-fungsi bahagian dalam kayak tu.

Dan tibalah masa untuk berkayak, aku kuatkan semangat, buat muka budget cool la, mane boleh bagi orang tau yg kau tengah takut. Hipokrit betul! Huhuhuhu… Dan, jeng3, mula berkayak ajer, perasaan takut itu hilang serta merta, best jugak rupanya, walaupun selalu gak tersangkut kat tebing2 tasik tu, tapi leh gak aku melepaskan diri, hahahaha..(bangga la pulak, haih..=p)

Time berkayak rupanya sangat penat, tanganku jadi menggeletar habis, sampai rasa macam nak habis tenaga dah, muka rasa dah pucat habis, tak larat sungguh, sbbnya ada ke kami2 yg perempuan ni kena bawa dak2 laki yang berpaut pada bhgn depan dan blkg kayak keliling tasik satu round. Haih.. dahla berat, pastu nk komplen pulak… huhuhuhu

Selesai berkayak, kami kena cepat2 bersiap untuk bergerak ke Pantai Morib pula. Sampai di sana, 3 kumpulan yang buat Istana Pasir tadi turun ke pantai untuk water confident dan 4 group lagi pula kena buat istana pasir. Wahahaha, di sini ke’creative’an kami pun di uji. Macam-macam bentuk dan idea yang keluar. Tapi, berkat kerjasama dan kesefahaman yg ada, dapat juga kami menyiapkan istana-istana pasir yang cantik dan juga megah berdiri di pesisir pantai itu. Ceh~ =p

Arkitek tak lepas =p

Istana Kami..weee

Riang ria bergambar

Malamnya, selesai solat maghrib dan isyak berjemaah, kami pun makan malam hasil hidangan kumpulan …… (dah lupa group mane, huhuhu). Ermmm, hidangannya boleh tahan lar… Kemudiannya LDK berjalan lagi, bagi slot malam itu, kami kena membincangkan perihal sahabat. Di mana setiap seorang dalam group akan dapat satu surat daripada ahli yang lain. Surat tu tertulis perkara yang positif dan negative pasal diri kita. Huhuhu…

Malam kedua tidur dalam khemah, tidaklah seteruk malam pertama. Dapat juga aku lelapkan mata walaupun sekejap, hujan lebat yang turun mewujudkan suasana yg sangat sejuk, nyamuk turut riang menjalankan tugasnya, kami pula tetap lena di dalam khemah, dugaaannnn…+_+

Hari Ketiga 7 Mei 2008

Pagi itu selesai solat Subuh aku tidak sempat mengikuti tazkirah Subuh sbb kena ke dapur utk menyiapkan bahan-bahan utk masak tenghari hari itu. Selesai sarapan, kami kena cepat2 bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu ‘Jungle Tracking’.

Mula-mula lagi kami kena berjalan dari satu pantai ke pantai lain. Perghhh! Jaraknya tak taula berapa kilometer, tapi kakiku memang dah melecet la time tu, belum mula aktiviti kembara lagi tu. Pape pun bertahan saje, ke’cool’an tu perlu dipertahankan, hukhukhuk..

Jungle Tracking.. aisehh +_+

Selepas semua berkumpul di kaki Bukit Jugra, kami diberi penerangan mengenai tugasan yang perlu dijalankan. Maka bermulalah aktiviti kembara sehingga ke puncak Bukit Jugra. Aiyyyooohhh, memang sangat penat.

Aku sudah tidak terdaya lagi, kakiku sudah begitu sakit, agaknya sudah melecet di dalam kasut itu. Tetapi aku setkan mindaku, ‘jangan cepat mengalah’..

Alhamdulillah walaupun kepenatannya memang sangat melampau tapi setelah berjaya sampai ke puncak bukit tu, perasaan penat tu terus hilang serta-merta. Aku rasa gembira sangat, campur macam tak percaya sbb berjaya jugak sampai. Pemandangannya memang tak dapat diucapkan la, cantik sangat! Suasananya tenang sungguh!!

Dari puncak Bukit Jugra

Dah sampai, 'posing' dulu..=p

Lebih kurang 15-20 minit kami melepaskan penat dan lelah di puncak bukit, kami pun bergerak turun. Perjalanan turun tak lah sepenat masa nak naik. Kumpulan aku kena cepat balik ke kem, sbb turn kami pula utk masak tengahari itu, aisehhh… penat sungguh +_+

Sampai di kem, cepat2 aku and the gang masuk dapur. Buat apa yang patut, ade gak perasaan jealous pada org lain sbb leh rehat. Tapi apa nak buat kan, tugas tetap tugas. Nak tak nak dalam keadaan yg penat teramat tu kami cubalah masak apa yang terdaya, tapi nasib baik ramai juga yang ringan tulang datang menolong. Terima kasih banyak2…=)

Petang itu LDK lagi, aku rase group Rifel la (my group) yg paling kelam kabut hari tu. Dengan tugasan yang dibuat last minit cmpur kepenatan yang masih bersisa boleh gak kami siapkan tugasan tu, kalau tak siap memang nak kena rasa campak kat kolam itik lar, huhuhuhu…

Seterusnya, kami perlu bersiap untuk persembahan kebudayaan malam pula. Setiap group perlu cuba hasilkan persembahan yang terbaik, kalau tak memang nak kena lar dengan lecture, huhuhu…. Group aku pulak kena buat dikir barat. Erk?! Dah lama betul tak berdikir, tapi boleh lar jugak skit2, ececece…

Rigel -Dikir Barat-

Semutz -Pentomin-

Nafas Baru -Nyanyian-


Malam itu selesai solat jemaah, kami pun dijamukan dengan hidangan yang agak ‘special’ dari group Muttaqin iaitu ‘Nasi Ayam’. Bila masing-masing dah kenyang, aktiviti kemuncak pun bermula iaitu Malam Kebudayaan. Memang tersangatla happening dengan persembahan dan ke’kreative’an yang macam-macam. Seronok jugak tengok pelbagai aksi dan masing-masing
cuba tunjukkan bakat yang terpendam…=D

'Penghuluwati' dapat cenderamata..ececece =p

Supper lepas berhibur..huhuhu

Selesai persembahan hampir pukul 12 lebih. Kami dijamu pula dengan ‘supper’. Aktiviti ‘klik2’ turut berlansung. Snap2!! =p Lepas itu aktvt tidur dalam khemah utk malam akhir, dan utk malam ni aku cepat betul lelap, mmg tak sedar apa dah, bangun2 tu dah pukul 5.15 pagi.. (mungkin penat sangat agaknya ataupun tak sabar nak balik, hehehe..=p)

Hari Keempat 8 Mei 2008

Pagi itu selepas solat Subuh, kami mendengar tazkirah yang sangat menarik dari ‘Mama’. Tak sedar pun masa berlalu, habis je dah pukul 8 lebih. Lepas tu kami pun sarapan ala kadar je, sbb kebanyakan bahan dah habis. Jadi, bihun goreng pun tak rase apa, minum pun air kosong jer, huhuhu…

Lepas tu kami pun kemas barang dan robohkan khemah. Siap bersihkan tapak perkhemahan, kami berkumpul balik untuk sessi refleksi dan aktiviti akhir iaitu ‘Sahabatmu, Sahabatku..’

Selesai segala aktiviti, kami mula bersiap untuk bertolak pulang ke IPIK. Dalam bas masing-masing sunyi sepi, diteruskan dengan aktiviti tidur, kami memang sangat penat. Balik ini mau sambung tidur lagi. Lebih kurang pukul 1.10 ptg kami pun tiba di Ipik. Kami pun balik ke rumah dan bilik masing-masing.

Kemas2... Nak balik dah.. wee~

Tido time..ZzZz

Berjaya sudah BIG utk sem ini. Kesimpulannya kami puas dan seronok dengan program kali ini. InsyaAllah jumpa lagi utk sem 4 nanti..=)

Good Luck Exam!!

Erk?! Exam makin hampir..

3 paper lagi tinggal..

Harus menambah speed bg meng'khatam' nota2 yg msh berbaki..

Harus cekalkan iman utk bace sumer note,

Harus gagahkan mata dari terus diburu rasa mengantuk..

Dan harus berusaha utk mencari soklan 'spot' wahahaha..=p

Tidak itu bukan satu kemestian..

Tp kalau de pun apa salahnya kan..ekekeke..=p

Disebabkan sekarang ini minggu exam,

Maka Good Luck ku ucapkan pada sesiapa yg akan menduduki mana2 paper,




All the Best utk semua..

Dan sama2 lah kita buat yg terbaik nanti..=)

InsyaAllah everything will be alright n progress well.. (^___^)

goodluck on your exam

Selamat Hari Guru

hp teachers day

Selamat Hari Guru to my Abah..

Selamat Hari Guru to my Sedara Mara..

Selamat Hari Guru to my Cikgu-cikgu..

Selamat Hari Guru to my Lectures..

Selamat Hari Guru to my Kawan-kawan..

Last but not least..

Selamat Hari Guru utk Diri Sendiri..=D


Made by Lesa

Selamat Hari Ibu


Tanggal 11 Mei 2008, hari ibu datang lagi..

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada Umi tersayang..

Pengorbanan yang diberikan akan aku kenang sampai bila2...

I love U bery2 much!!

Mmmmuuuaahhhh!! =)


Z550i --> K810i

Hatiku rasa begitu riang gembira hari ini..
Inginku khabarkan pada bntang betapa cerianya hatiku,
Inginku kirimkan senyuman pada sang mentari,
Dan inginku layarkan pada angin ke'happy'an ini..



Wondering kenapa?
Ini kerana aku sudah berjaya men'trade in' hnset baru pd hari ini,
Selamat tinggal Z550i yang sudah byk berbakti pada aku..


Sob2, sedih gak bila nk tolak henset tu, tp xpela...
Hidup ni perlukan perubahan...(ececece...=p)

Dan selamat datang K810i, jasamu amat2 ku perlukan...=D
Tp, mmg puas r bile dpt henset ni,
Cantik bangat neih...Weee~~=p